Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula
dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel
atau buku).
Huraian : Menyalin semula seperti yang sudah ada dalam teks sumber
adalah perbuatan yang salah dan boleh dikira sebagai plagiat. Perbuatan ini adalah
salah dan boleh diambil tindakan ke atasnya. Sebagai pelajar yang bertanggungjawab,
kita mestilah bijak menyusun kata dan mengolah ayat dalam penulisan tesis.
2. Menggunakan Turnitin
atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau
jurnal.
Huraian : Turnitin dapat
mengira peratusan plagiat. Peratusan plagiat tersebut hendaklah mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Misalnya, sekiranya peratusan plagiat yang
dibenarkan hanya 25%, pelajar hendaklah memastikan agar penulisan mereka tidak
melebihi 25%. Penulisan dengan peratusan plagiat yang rendah adalah lebih baik.
3. Membuat rujukan daripada
rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian : Rujukan utama adalah sumber asal. Pengkaji digalakkan
menggunakan bahan dari sumber yang asal kerana kesahihannya terjamin. Data dari
bahan sekunder mempunyai keaslian yang rendah. Oleh itu, data dalam rujukan
tersebut kurang terjamin kesahihannya.
4. Membaca banyak artikel
terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50
artikel). 5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian
yang berkaitan.
Huraian : Pembacaan dari bahan baharu membolehkan pengkaji untuk
lebih cakna dengan isu dan keadaan semasa. Oleh itu, penulisan yang akan
dihasilkan lebih relevan dan sesuai dengan keadaan semasa.
6. Berbincang dengan penyelia
tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan
pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
Huraian : Pelajar hendaklah merujuk kepada pakar dalam bidang yang
hendak dikaji untuk bertanya sebarang soalan. Perbuatan bertanya kepada pelajar
lain adalah tidak wajar kerana pertanyaan hanya akan dijawab dengan pendapat semata-mata.
Ia mungkin dijawab dengan jawapan yang tidak relevan dan mengelirukan.
7. Jumlah halaman (lebih
kurang) bagi Bab I (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50
halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif
dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian : Pelajar digalakkan untuk merancang terlebih dahulu
bilangan muka surat dalam bahagian supaya penulisan kajian dapat memenuhi
spesifikasi bilangan muka surat yang telah ditetapkan. Perancangan muka surat dapat
membantu untuk mencapai target muka surat dalam setiap bab.
8. Keseluruhan tesis
seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150
(Master) dan 151-240 (PhD). Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan
universiti.
Huraian : Pelajar hendaklah memastikan dahulu bilangan muka surat
tesis yang perlu ditulis. Bilangan muka surat mungkin berbeza berdasarkan university
atau fakulti. Kegagalan pelajar untuk mengikut spesifikasi bilangan muka surat
boleh menyebabkan tesis tidak diterima.
9. Membuat perancangan atau
jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian : Pelajar perlu bijak mengatur masa untuk menyiapkan tesis.
Pelajar juga perlu cakna dengan tarikh-tarikh penting yang melibatkan penghantaran
dan penyemakan tesis. Sekiranya pelajar gagal menghantar tesis sebelum tarikh akhir,
tesis berkemungkinan akan ditolak dan tidak dinilai.
Comments
Post a Comment