[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Sehingga malam nanti
Bermula di pagi hari
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Keluarga saya yang dicintai
Menjaga budi pekerti
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
[2] Diri
Saya belajar setiap masa
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga
Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari
Baik hati nurani
Kuatkan jati diri
Mulia peribadi
Perasaan tenang tidak terperi
Kawan-kawan semua
Inilah saya yang istimewa
Saya sentiasa berusaha
Menjadi insan yang berguna
[2] Myself
I learn every second
To act patiently
Obstacles will be present
But iam not solitary
I am a kind person
With sincere and honesty
I learned to be independent
Helping people invariably
Good conscience
Strengthen your identity
Be honorable
The feeling of calm is unbearable
Dear all
This is me who is special
I will keep trying
To be a useful human being
....................................
[3] Saya yang Istimewa
Saya yang istimewa
Dilihat orang setiap masa
Kasih sayang dikongsi
bersama
Abang kakak dan adik serta
ibu bapa
Saya yang istimewa
Bersikap baik sesama
manusia
Saya dilihat berlainan rupa
Semangat positif dikongsi
bersama
Saya dengan dunia
Belajar berdikari setiap
masa
Hormati orang lebih dewasa
Satu perkara disanjungi
bersama
[3] I am Special
I am special
Seen by people continually
All love is equal
Brother and sister as well
as family
I am a special children
Being kind to fellow human
I may be look different
Positive spirit to be grant
I am with the society
Learn to be self-reliant
Respect the eldery
One thing to be commend
[4] Saya Tahu
Saya cuba memahami
Diri saya sendiri
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah
hati
Hati saya siapa yang tahu
Saya sendiri jadi keliru
Ingin menangis seperti selalu
Air mata keluar menderu
Saya tahu
Semua mahu
Soalan bertalu-talu
Senyum membisu
[4] I Know
I try to understand
My own destiny
It’s not going as
plan
Dad and mom seems
unhappy
No one know my heart
I am confused
Want to cry as
always cause it’s hurt
Tears out roared
I know
Everyone wants to
Frequently asked
questions
A silent smile
....................................
[5] Saya Faham
Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka
[5] I Understand
I said "How are you"
He replied “I am fine”
Greetings to him
Greetings to me
Good morning, noon, evening, night
For him
For me
Thank you
You’re welcome
For him
For me
Thank you
You’re welcome
For us
For them
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
Bukti kehadiran :
Comments
Post a Comment