1.
Teks
asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.
Terjemahan Melayu: Apabila seseorang marah
kepada anda, senyum saja dan minta maaf.
Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah
nenek dan datuk. Alim pandang sekeliling. Alim jadi keliru melihat keadaan
rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus
menangis. Alim sangkakan rumah dan datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim. Nenek
pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang
almari, katil, kerusi dapur kepada Alim. (Hlm 22:8)
2.
Teks
asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that
it will go away soon. Time heals.
Terjemahan Melayu: Apabila anda berada dalam
masa yang sukar, ingatkan diri anda bahawa ia akan berlalu nanti. Masa akan mengubatinya.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim
tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan Alim tidak pernah merungut. Bapa dan
ibu membawa Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya Alim
cepat sembuh. (Hlm 27: 6)
3.
Teks
asal: Always be kind to others.
Terjemahan Melayu: Sentiasa bersikap baik terhadap
orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
Alim seorang yang pemurah. Dia selalu berkongsi apa yang
dia ada dengan Sulaiman. Sulaiman juga pemurah. Kadang-kadang dia akan
berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim. (Hlm 27:5)
4.
Teks
asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for
others.
Terjemahan Melayu: Sayangi dan fikirkan diri
anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi dan memikirkan orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya Yang Istimewa)
“Adik nak manggis!” Aisyah berlari mendapatkan manggis
dalam plastik. (Hlm 23:2)
5.
Say
nice things, say good things and you will find happiness in life.
Terjemahan Melayu: Katakan perkara baik, ucapkan
perkataan yang bagus dan anda akan mendapat kebahagiaan dalam hidup.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan
yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik.
Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran," jawab Alim
sambil menganggukkan kepala. (Hlm 24:5)
6.
Teks
asal: I will not judge you. I am just a normal person.
Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai
anda. Saya hanya orang biasa.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim belajar daripada Abang
Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara
memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk
menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan
tinggal penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan
memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum. (Hlm 25:4)
7.
Teks
asal: To me, you are the most precious person in the world.
Terjemahan Melayu: Bagi saya, anda adalah
orang yang paling berharga di dunia.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu
keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain. (Hlm 26:8)
8.
Teks
asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.
Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda,
saya akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa bersamamu.
Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)
Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar
dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini,
Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut
sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman
dengan bapa, abang Imran, kak Madinah, Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil
sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari. (Hlm
26:2)
9.
Teks
asal: Kindness will speak the truth.
Terjemahan Melayu: Kebaikan akan menunjukkan
keikhlasan.
Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)
Alim ke sekolah hari ini.
Alim membawa kek cawan ke sekolah. Alim ingin berkongsi kek cawan bersama rakan-rakan
yang lain. Semalam, ibu beritahu hari ini hari lahir Alim. Alim tidak faham apa
itu hari lahir. Alim mengikut kata ibu dan membawa kek cawan ke sekolah. (Hlm
26:1)
10. Teks asal: Be a better person
today and you will find happiness.
Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih
baik hari ini dan anda akan mendapat kebahagiaan.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya. (Hlm 24:2)
Bukti Kehadiran :
Comments
Post a Comment