Kerengga
tinggal bersendirian di dalam busutnya. Suatu hari, dia ternampak semut merah
dan semut hitam semasa mencari makanan. Dia berasa sangat gembira
kerana sudah lama dia tidak mempunyai kawan. Kerengga pun mula berkawan dengan
semut merah dan semut hitam. Lama-kelamaan, semut merah dan semut hitam banyak
mengambil kesempatan ke atas kerengga. Mereka suka menyuruh kerengga melakukan
kerja-kerja berat untuk mereka. Akhirnya, kerengga mengambil keputusan untuk
meninggalkan mereka dan hidup bersendirian.
(70 p.p)
Pengajaran :
Sayangi dan fikirkan diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi
dan memikirkan orang lain.
Bukti kehadiran :
Comments
Post a Comment