BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK



Pada pagi ini, Prof Dr. Normaliza menceritakan pengalamannya semasa belajar di United Kingdom suatu ketika dulu. Beliau telah tinggal di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan yang mempunyai ramai komuniti yang berbangsa melayu. Di sana, terdapat banyak kedai yang dimiliki oleh orang berbangsa Pakistan, jadi mudahlah bagi orang muslim untuk mendapatkan sumber makanan halal. Beliau menceritakan tentang segelintir masyarakat Melayu di sana yang kurang suka ditegur. Apabila ditegur, mereka akan memalingkan muka dan pergi ke tempat lain. Selepas beliau menyedarinya, beliau tidak lagi menegur orang melayu yang tidak dikenali apabila berselisih. Beliau berpendapat bahawa lebih baik berdiam diri dan sekadar melemparkan senyuman sahaja. Kesimpulannya, apabila kita berada di negeri orang, kita akan berasa lebih bangga tentang asal usul kita, tetapi kita hendaklah mengawal diri supaya tidak bersikap berlebih-lebihan di tempat orang lain kerana boleh jadi masyarakat di negara lain kurang senang akan kehadiran kita di negara mereka.


Bukti kehadiran : 





Comments