Asas Videografi
Video One Shot
- rakaman dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video
- tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir iaitu kredit
- disertai dengan satu lagu yang sesuai
- menunjukkan mimik nyanyian individu atau kempulan
- pergerakan keluar masuk dari sisi boleh disertakan untuk lebiih menarik
- berdurasi lebih kurang 3 minit atau mengikut lagu yang dipilih
- boleh dirakam dengan two layer atau three layer
- two layer - tambahan satu lapisan lain selain daripada nyanyian
- three layer - tambahan lapisan lakonan dan pergerakan selain nyanyian. pergerakan boleh berbentuk pergerakan yang tidak disengajakan seperti pokok bergoyang, air sungai mengalir dan laluan kereta
Video Fokus/Tanpa Wajah
- memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan
- mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir kerana emosi yang selalunya digambarkan dengan muka tidak kelihatan
- penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan
- memerlukan suntingan yang baik supaya nampak jelas dan mudah difahami
- berdurasi lebih kurang 3 minit atau mengikut lagu
- contoh item : botol, kaki, tangan, beg duit
Video lagu
- memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu
- melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut
- lakonan perlu mempunyai emosi supaya jalan cerita difahami
- suntingan yang baik perlu untuk nampak lebih menarik
- boleh disertakan dengan lirik lagu supaya enonton boleh nyanyi bersama
- terdapat juga video lagu lagu yang disunting melalui drama atau filem kerana lagu tersebut menjadi tema filem tersebut
Video Seram
- berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan
- biasanya melibatkan hantu atau entiti yang tidak kelihatan
- boleh melibatkan manusia tetapi memfokuskan seram
- durasi video selama 7 minit
- penggambaran boleh dibuat di lokasi seram seperti dalam hutan, rumah kosong dan kubur
Video Tragedi
- melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi negatif lain
- mempunyai jalan cerita yang memberi kesan kepada emosi seseorang
- memerlukan lakonan yang baik dan emosi yang terserlah
- melibatkan tragedi seperti kemalangan, kematian, pembunuhan dan lain-lain
Video Dokumentari
- tidak mempunyai jalan penceritaan
- memberi pengetahuan tentang sesuatu
- terdapat seorang pengulas
- suara dirakam secara berasingan dan selaras dengan video
- pengisian dapat memberikan pengetahuan kepada penonton
- boleh disertakan temu bual
Video Setempat
- tidak memerlukan suntingan
- tidak boleh beralih tempat atau kawasan semasa dirakam
- suara latar merupakan suara individu yang merakam
- terdapat penceritaan yang humor atau perkara yang berlaku pada ketika itu
- pengguna telefon bimbit gemar menggunakan video setempat untuk memasukkannya dalam Instagram Story.
Video Temu bual
- dirakam untuk tujuan temu bual secara formal
- kamera diletakkan di hadapan orang yangditemu bual dan individu lain duduk sebelah kamera untuk bertanya soalan. Oleh itu, ornag yang ditemu bual tidak perlu memandang kamera
- orang yang bertanya soalan dan orang yang ditemubual juga boleh duduk bersebelahan. sekali sekala, mereka akan memandang kamera
- durasi lebih kurang lima minit
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia
Comments
Post a Comment