BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Nilai dalam Cerita Sosial 2




 Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

Nilai yang saya dapati daripada cerita ini adalah seperti yang berikut :

1. amalan memberi

Alim bersikap murah hati untuk berkongsi rezeki keluarga mereka dengan memberikan sedikit buah-buahan kepada jirannya, Sulaiman. Walaupun tiada siapa menyuruhnya untuk berbuat demikian, dia ikhlas memberikan buah-buahan tersebut kepada jirannya.

2. amalan tolong-menolong

Alim rajin menolong ahli keluarga lain mengemas rumah setelah mereka selesai makan. Mereka turut membahagikan tugas dan saling membantu antara satu sama lain.

3. sikap prihatin

Walaupun Alim seorang kanak-kanak istimewa, tetapi dia sangat prihatin terhadap orang di sekelilingnya. Dia terus bertanya Mak Timah sebab dia kelihatan sedih apabila dia perasan akan perubahan riak warjah Mak Timah.

Comments