PENGENALAN
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017
)
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu
Huraian :
Menulis cerita secara individu
dapat memberikan kesan yang baik kepada pelajar terutama dalam kemahiran
menulis. Melalui penulisan cerita, pelajar dapat mengasah daya fikiran selain
dapat meningkatkan kreativiti. Hal ini demikian kerana pelajar akan berfikir
secara optimum untuk menjadikan penulisan mereka menarik dan berkualiti.
Pelajar juga dapat mengaplikasikan teknik-teknik penulisan yang telah
dipelajari. Dengan memperbanyakkan penulisan cerita, pelajar akan menjadi lebih
yakin dan berani untuk menulis. Namun, terdapat segelintir pelajar yang bersikap
negatif dan kurang keyakinan untuk menulis apabila orang lain membaca penulisan
mereka. Hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan cara berfikiran secara terbuka.
Mereka sepatutnya menjadikan komen-komen negatif itu sebagai satu perkara yang
perlu dibaiki. Dengan ini, mereka kualiti penulisan mereka akan menjadi lebih baik.
Selain itu, penglibatan
terus dalam aktiviti semasa proses pelajaran bahasa adalah sangat baik untuk meningkatkan
kefahaman pelajar. Pelajar akan lebih faham dalam perkara yang diajarkan
apabila mereka mempratikkan sendiri pelajaran tersebut, Contohnya, apabila
pelajar sedang mempelajari kemahiran menulis, mereka bukan hanya perlu mempelajari
teorinya sahaja, malah mereka perlu menghasilkan penulisan mereka sendiri.
Dengan cara ini juga, pelajar tidak akan mudah bosan semasa proses
pembelajaran. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan untuk tujuan aplikasi
sesuatu teori yang ada dalam pembelajaran bahasa. Pengajar perlu lebih kreatif
untuk mengajar.
Comments
Post a Comment