Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan
perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam
pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran teknologi. Dalam
pengajian kesusasteraan, genre kesusasteraan adalah termasuk puisi,
cerpen, skrip drama dan pantun. Responden didapati menggunakan blog untuk
menulis puisi untuk orang yang disayangi. Terdapat juga responden yang
menggunakan blog untuk menulis cerpen bagi meningkatkan kemahiran menulis.
Responden turut mencadangkan tentang penulisan skrip kerana ia dapat menolong
mereka berimaginasi. Pantun turut dinnyatakan oleh responden. Mereka menyatakan
bahawa mereka boleh memahami dengan baik dan mereka boleh menulis dengan baik.
Dalam pembelajaran Bahasa, keputusan dibahagikan kepada tiga iaitu
penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Responden menyatakan
bahawa mereka suka menulis surat dalam blog mereka kerana dengan melnulis
surat, mereka dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Menulis dan
menerima surat dapat memberikan mereka kepuasan. Selain itu, blog turut
dijadikan sebagai medium untuk responden meluahkan perasaan. Terdapat responden
yang suka meluahkan perasaan di blog dan juga sebaliknya. Responden turut
menyatakan yang mereka suka membaca blog rakan-rakan kerana ingin mengetahui apa
yang dirasai rakan mereka. Bagi bahagian menulis teka-teki, responden suka
untuk menulis teka-teki kerana menerima banyak komen berbentuk jawapan daripada
pembaca. Ini dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus menulis teka-teki
di blog masing-masing. Bagi pembelajaran teknologi, responden menyukai
video, audio dan fotografi dimasukkan dalam blog. Mereka menyatakan bahawa
teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baru di blog. Mereka
didapati teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Klip video
yang disiarkan turut mempunyai kaitan dengan cepen pendek atau dokumentari di
dalam blog mereka. Mereka turut menonton video yang disiarkan di blog
rakan-rakan mereka. Audio turut menjadi kegemaran responden. Responden telah
meletakkan senarai lagu kegemaran mereka dalam blog masing-masing. Kajian juga
mendapati responden suka menyiarkan gambar dalam blog mereka. Responden
menyatakan bahawa gambar akan menjadikan blog lebih menarik.
Rujukan :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu
Rujukan :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment