Asas Grafik dalam Multimedia
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2019), individu yang berminat dengan penggunaan
kamera, video serta bahan grafik lain perlu mengetahui tentang asas grafik. Grafik
meliputi imej yang berbentuk paparan. Setiap video atau foto perlu mengandungi
sekurang-kurangnya dua elemen grafik. Berikut merupakan lima asas grafik yang
dinyatakan dalam buku ‘Multimedia dalam Bahasa’.
1.
Mudah
Mudah
· Merupakan tanggapan
atau penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran.
· Mesej yang terdapat dalam
sesuatu grafik mestilah mudah difahami dan tidak menimbulkan kekeliruan.
2. Warna
· Didefinisikan sebagai
satu warna atau kombinasi warna dalam foto atau video.
· Grafik yang baik
seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Namun ia bergantung kepada
mesej yang cuba disampaikan.
3. Teks
· Merujuk kepada jenis dan
saiz font yang ditonjolkan dalam sesuatu grafik.
· Kandungan dalam teks perlu
diambil kira untuk memberi kefahaman terhadap sesuatu grafik.
· Warna yang terdapat dalam
font juga memainkan peranan yang penting.
4. Kesesuaian
· Kesesuaian dalam grafik
bermakud grafik perlu bersesuaian dengan latar tempat, masa dan watak yang
terdapat dalm video.
· Kesemua bahan dalam grafik
mesti bersesuaian antara satu sama lain.
5. Keseimbangan
· Keseimbangan dalam grafik
dimaksudkan dengan ruang dalam foo atau video.
· Ruang kosong atau grafik yang
terdapat di kiri, kanan, atas dan bawah dalam gambar mestilah sama berat.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra
Malaysia.
Comments
Post a Comment