Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977)
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977)
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Teori Analisis Wacana Kritis telah diasaskan oleh VanDijk pada tahun 1977. Teori tersebut meliputi struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Struktur makro menyentuh tentang makna global, superstruktur pula berkaitan dengan kerangka teks manakala struktur mikro berkait dengan makna lokal.
Rujukan:
vanDijk, T. A. (1977). Text and Context: Explainations in the Semantics and Pragmatics of Discourse. London: Longman.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Comments
Post a Comment