BBM3410Satu2020 : TUGASAN BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

NOTA RINGKAS : JENIS-JENIS SHOT




Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia



Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia

Rule of third adalah satu teknik menyusun komposisi imej atau elemen visual. Mengikut rule of third, sesuatu imej perlu dibahagikan kepada sembilan bahagian yang sama besar dengan dua garisan melintang dan dua garisan menegak (seperti yang ditunjukkan dalam gambar). Objek yang penting atau yang ingin ditonjolkan perlu berada di atas garisan atau titik pertemuan garisan tersebut.

Apa kepentingan rule of third ni ?
Rule of third dapat menjadikan sesuatu imej kelihatan tersusun dan seimbang. Prinsip ini dapat membolehkan seseorang mengambil gambar dengan komposisi yang baik. Komposisi atau penyusunan elemen dalam gambar adalah penting untuk menjadikan gambar yang diambil berkualiti dan tinggi nilai seninya. Maksudnya di sini, imej yang baik adalah hasil dari penelitian kepada asas elemen komposisi.

Namun, tidak semua gambar memerlukan prinsip ini. Misalnya, jika jurugambar ingin mengambil gambar secara candid, rule of third boleh diketepikan.

Jadi, sesiapa yang nak ambil gambar lawa-lawa tu boleh la guna prinsip ni. Banyak kamera yang ada dah ada grid Rule of Third ni sebenarnya, tapi ramai yang tak tau apa kegunaan dia. Dulu saya pon tak tau, tapi sekarang dah tau hasil tunjuk ajar prof yang disayangi. 😎 Eh? Pandai la kot hehehe


Comments