BBM3410Satu2010: TENTANG DIRI

Hai pembaca! Selamat datang ke blog saya. Ini adalah serba sedikit tentang diri saya.


Tanggal 16 Jun 1998, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di sebuah Hospital di Seremban. NURUL IZZATIE BINTI AHMAD, itulah nama yang tertera pada surat beranak saya. Alhamdulillah, sudah 22 tahun saya memakai nama 'cahaya kemuliaan'. Saya merupakan 'kak ngah'  yang garang kepada empat orang adik beradik. Biasalah, anak perempuan sulung.. Saya mungkin nampak seperti seorang yang pendiam pada luaran sekiranya anda tidak menegenali saya, tetapi perwatakan saya boleh berubah kepada seorang yang banyak bercakap dan suka bercerita kalau sudah akrab. Sebenarnya, sudah ramai yang menegur saya, kononnya saya berwarjah garang atau kelihatan 'moody'. Mungkin mereka belum tahu disebalik muka 'ketat', ada 'senyum kambing' yang menyorok.  Ya, tengok gigi lah!   


Senyuman ala-ala 'iklan Colgate' 🌚' 


Kini, saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dengan mengambil jurusan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Doakan supaya saya berjaya mendapat segulung ijazah dan memperoleh keputusan yang cemerlang ya!



Comments