BBM3410Satu2020: PENULISAN BLOG

CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), 10 cara penulisan blog yang baik adalah seperti berikut :


  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik minat pembaca.Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  2. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  3. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  4. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  5. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
  6. Dapat dibaca dan difahami.
  7. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  8. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  9. Berilmu untuk penulisan pendidikan.



Rumusan :

Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan blog yang baik. Perkara yang paling utama ialah mempunyai tajuk dan isi yang menarik. Penulis boleh memasukkan cerita yang menarik dengan menyelitkan humor atau jenaka yang sesuai. Dengan cara ini, pembacaan akan menjadi menarik dan tidak bosan.

Selain itu, hujah terbaik perlu diutarakan bagi menyokong idea-idea yang ingin disampaikan penulis. Penulis boleh mengemukakan contoh atau bukti sebagai bahan sokongan untuk memberi gambaran yang jelas.  Perkara ini dapat meyakinkan pembaca untuk mempercayai perkara yang ingin disampaikan oleh penulis.  Antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk  menulis ialah kupasan isu semasa atau berita terkini yang diperoleh dari sumber yang sahih.

Dari aspek penulisan pula, struktur ayat yang ringkas dan ayat yang mudah perlu digunakan  untuk memudahkan pembaca memahami perkara yang ingin disampaikan penulis. Oleh itu, elakkan penggunaan perkataan yang sukar difahami dalam penulisan blog.


Penulisan blog yang baik juga membolehkan penulis untuk berkomunikasi dengan pembaca. Komunikasi yang baik dapat dijalin apabila penulisan yang dikarang penulis dapat disampaikan dengan jayanya kepada pembaca. Kandungan blog juga perlu mengandungi moral dan nilai estetika agar bermanfaat kepada pembaca. Akhir sekali, blog yang baik haruslah mengandungi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca. Dengan ini, pembaca dapat mempelajari sesuatu ilmu atau pengetahuan yang baru. 


Sumber :

Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit University Malaysia Terengganu.

Comments