BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA






Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan          Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


Cerita :

     Keluarga, satu harta yang tak ternilai kurniaan ilahi. Ketika berjauhan, akan ada rindu yang menyapa. Gelak tawa mereka sentiasa menghiasi hari-hariku di dunia. Kala waktu suka dan duka, mereka sentiasa ada bersama dengan ku.

     Seorang insan yang ku panggil ibu, amat aku kasihi. Tak pernah jemu untuk menjaga aku dari kecil hingga dewasa. Walaupun terkadang aku bersikap degil, tapi ibu sentiasa sabar dengan karenah aku. Ayah pula tidak pernah penat untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. “Ayah tak makan pun tak apa. Asalkan anak-anak ayah makan”. Begitulah pengorbanan agung seorang ayah.

     Sejak kecil lagi, kami adik beradik sudah terbisa berdikari kerana ibu dan ayah kami berkerja. Abang sentiasa menjaga kami. Walaupun sering bersengketa, tanggungjawab terhadap adik-adiknya tak pernah diabaikan. Dialah yang menjaga kami semasa ketiadaan ayah dan ibu di rumah. Kedua-dua adik ku selalu menjadi peneman setia, penghibur keluarga di rumah. Ada sahaja perkara yang membuatkan kami tertawa.

     Terima kasih Ya Allah, Engkau telah mengurniakan insan-insan yang baik dalam hidup ku. Ibu, ayah, aku tahu. Tiada apa yang dapat membalas jasa yang telah engkau taburkan. Namun, aku akan cuba untuk membahagiakanmu. Abang dan adik, aku sentiasa menyayangimu. Semoga kita akan ditemukan di Firdausi apabila kita kembali kepadaNya, satu hari nanti.

Comments