BBM3410Satu2020 : KELUARGA

Keluarga saya

Kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang keluarga saya. Ahli keluarga saya adalah seramai 6 orang, iaitu ibu, ayah, abang, saya, adik lelaki dan adik perempuan. Nama ayah saya ialah Ahmad bin Ramli. Beliau berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin dengan ibu saya 24 tahun yang lalu. Ibu saya ialah Roslina binti Mohd. Beliau berasal dari Johor. Kini, mereka berkerja di sebuah kilang di Seremban. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata; dua anak lelaki dan dua anak perempuan.  Yang pertama merupakan abang saya iaitu Muhammad Akmal. Abang saya merupakan seorang graduan dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kedah dan sekarang sedang berkerja di Senawang. Saya sendiri merupakan anak  kedua mereka. Anak ketiga mereka ialah adik lelaki saya yang bernama Muhammad Akram. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya Tingkatan Enam di SMK Toh Puan Rahimah di Rembau. Ahli keluarga saya yang termuda ialah adik perempuan saya yang bernama Nurul Izzaadilla. Dia  merupakan pelajar tingkatan dua di SMK Sheikh Ahmad, Seremban. Alhamduliilah, saya dikurniakan ahli keluarga yang baik. Mereka sering memberikan sokongan kepada saya  dalam apa jua perkara baik yang saya lakukan, baik dalam pelajaran ataupun perkara lain. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Adik-beradik saya


Comments