Sinopsis
Cerita Sosial 1: Nenek dan Atuk
Cerita Sosial 1: Nenek dan Atuk
Alim
bersama keluarganya telah pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang. Alim
tidak sabar untuk sampai ke kampung halamannya kerana dia mahu bermain dengan
ayam dan itik ternakan datuk dan nenek. Setelah sampai, dia terus keluar dari
kereta dan mencari haiwan tersebut. Namun dia kecewa apabila dia mendapati ayam
dan itik tersebut sudah tiada di dalam reban. Dia menyangkakan bahawa haiwan
tersebut sudah mati. Sedang dia menangis, datuk dan neneknya datang kepadanya lalu
menunjukkan reban baru yang dibuat oleh datuk. Dia berasa gembira setelah
mengetahui ayam dan itik datuk dan neneknya masih ada. Setelah puas melihat
itik dan ayam, dia terus masuk ke rumah. Sekali lagi, dia berasa sedih atas
perubahan yang dilihatnya. Kali ini, dia mendapati bahawa rumah datuk dan
neneknya pula yang berlainan dari sebelumnya.
Dia berasa sangat sedih lalu menangis. Nenek Alim datang lalu memujuknya
dengan membawa dia berjalan di sekeliling rumah sambil menunjukkan
perabot-perabot yang ada di dalam rumah itu kepada Alim. Alim berhenti menangis
dan duduk di ruang tamu lalu menonton televisyen bersama keluarganya. Keluarganya
sedih melihat keadaan Alim yang menangis tanpa sebab. Namun, mereka mahu
menolong Alim. Sungguhpun banyak
perubahan yang berlaku di kampung mereka tetapi perubahan itulah yang
mengeratkan lagi keluarga Alim.
Comments
Post a Comment