BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK




p/s : Nama kumpulan kami ialah 'Bulan Production'. Nama ini kami 'kitar semula' dari nama kumpulan drama subjek semester lepas kerana kebanyakan ahli kumpulan kami adalah ahli yang sama




ASAS GRAFIK


Kami telah mempelajari tentang ilmu asas grafik pada sesi kuliah hari ini. Pemahaman asas grafik adalah penting untuk menyampaikan sesuatu mesej. Elemen asas grafik adalah seperti yang berikut :

· mudah

· warna

· teks

· kesesuaian

· keseimbangan



Prof Normaliza telah memberi tugasan kepada kami untuk memilih lima gambar untuk mewakili lima elemen asas grafik yang telah kami pelajari. Kami telah mengambil gambar tersebut dari majalah yang kami bawa. Tugasan tersebut dijalankan secara berkumpulan. 


Asiah, Nadiah, Ikhmal dan Nazrul telah ditugaskan untuk menyiapkan muka depan bagi tugasan kali ini. Mereka perlu menggunting huruf-huruf yang terdapat dalam majalah untuk membentuk nama kumpulan kami, nama setiap ahli kumpulan berserta nombor matrik. 




Saya, Hawa, Syawalni, Atie dan Faiz pula ditugaskan untuk mencari gambar-gambar yang memenuhi ciri elemen yang telah dipelajari. Barulah kami tahu, bukan senang untuk memilih gambar yang bertepatan dengan ciri yang dikehendaki.




Selain itu, bukan mudah juga untuk menampalkannya pada 'mounting board' kerana ianya mungkin menjadi gelembung kalau tidak kena dengan tekniknya. Pada mulanya, ada beberapa gambar yang telah ditampal mengandungi 'air bubble', tapi kami berjaya menyelesaikan masalah tersebut. 


Alhamdulillah, setelah satu jam setengah, kami berjaya menyelesaikan tugasan yang telah diberikan, dan inilah hasilnya : 


1. Mudah



Mudah bermaksud sesuatu gambar itu mempunyai mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas menunjukkan imej yang dapat dipastikan objeknya, iaitu sebuah kapal


2. Warna



Warna dalam sesebuah gambar hendaklah bersesuaian dengan latarnya. Gambar di atas memperlihatkan kombinasi warna yang sesuai.



3. Teks



Teks merujuk kepada jenis dan saiz font dalam sesuatu grafik. Grafik di atas menunjukkan teks yang menarik dan bersesuaian dengan tema. 


4. Kesesuaian



Kesesuaian merujuk kepada grafik yang sesuai dari segi latar seperti latar tempat, masa dan watak. Perabot dalam gambar di atas bersesuaian dengan ruang di dalam gambar tersebut.


5. Keseimbangan



Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah. Kedudukan objek dalam gambar di atas diseimbangkan dengan tulisan yang tertera padanya.


Kami berpuas hati dengan hasil kerja kami. Walaupun tugasan yang diberikan agak sukar, kami telah berjaya menyiapkannya. Banyak perkara yang kami telah belajar dari tugasan kali ini. Selain dari ilmu tentang asas grafik, kami belajar untuk membuat tugasan dengan kreatif, cermat dan juga sabar 😂

Setelah menyiapkan keenam-enam muka tugasan, kami telah mengikatnya dengan menggunakan reben. Sebelum menghantarnya kepada pensyarah, apa lagi? Bergambarlah dulu..


















Comments